Salam.....
Selepas melihat gambar ini apa yang kawan-kawan fikirkan???
Terkilasnya gambaran seperti bentuk pusaran ini di langit senja pada 19/4/2009 jam 7.24, keesokkannya 20/4/2009 subuh hari sekitar jam 3-5 pagi berlakunya angin kuat bak ribut taufan. Nampak macam angin tu berpusing luar biasa (kata maid Indon neighbour akak). Aku tidur cam kayu. Antara sedar dengan tidak. Perasaan tu bunyi cam hujan + angin kuat yang biasa-biasa je. Akak kat umah dia pun tak sedar. Tak tau kenapa leh betul2 tido mati. Selalunya benda2 sensitif cenggini pantang berdetik sikit aje dah jaga. Syukur la akak tak sedar sebab kalo tidak dia la yang akan paling kaget sekali. Maklum la kan dia duduk rumah lama. Takut gak kalo bumbung terbang ke, pokok tua tumbang ke atau apa2 aje la.......sebarang kemungkinan. Keesokkannya semua nampak tenang, cuma sampah daun2 pokok je yang bertaburan. YA ALLAH syukurnya..........