Thursday, April 23, 2009

Bentuk Pusaran Dilangit Senja

Salam.....

Selepas melihat gambar ini apa yang kawan-kawan fikirkan???
Terkilasnya gambaran seperti bentuk pusaran ini di langit senja pada 19/4/2009 jam 7.24, keesokkannya 20/4/2009 subuh hari sekitar jam 3-5 pagi berlakunya angin kuat bak ribut taufan. Nampak macam angin tu berpusing luar biasa (kata maid Indon neighbour akak). Aku tidur cam kayu. Antara sedar dengan tidak. Perasaan tu bunyi cam hujan + angin kuat yang biasa-biasa je. Akak kat umah dia pun tak sedar. Tak tau kenapa leh betul2 tido mati. Selalunya benda2 sensitif cenggini pantang berdetik sikit aje dah jaga. Syukur la akak tak sedar sebab kalo tidak dia la yang akan paling kaget sekali. Maklum la kan dia duduk rumah lama. Takut gak kalo bumbung terbang ke, pokok tua tumbang ke atau apa2 aje la.......sebarang kemungkinan. Keesokkannya semua nampak tenang, cuma sampah daun2 pokok je yang bertaburan. YA ALLAH syukurnya..........


Thursday, April 16, 2009

Kereta On Tow








Minggu lepas hari Ahad (12/4/2009) pepagi Grandna dah bangun. Ingat hari minggu nak lepak-lepak, baring-baring, golek-golek tapi tak dapat juga. Masa memang dengki. Selalu tak mengizinkan. Budak 2 tu, Harley , Mukreez mmmmm......dah sah tidoooo.Kalo nak gi memana nak gerak pagi2 memang la tersangat liat. Gerak kan batu lagi baik.Acu kat Sepang cbuk suh datang umah tengok Baby Qal. Nak tanya petua2 org dolu2 untuk diimplement pada anaknya. Nak tanya mak dia sendiri cum ibu mertua ku itu huhhhh tak payah je la. Banyak yang tak tahu dari tahu.Buat buang air liur je.Acu ni ngan hubby dia tradisional sikit. Maklum la orang Pahang.Elok gak. Kekadang zaman cyber ni perlu gak petua orang lama2 nuu. Kul 11.30 pagi kita orang gerak dari umah. Hubby tak gi. Dia tu al maklum la sibuk gi menebas......mmmm apalagi MAIN GOLF laaaa. Payah nak ajak kemana sekarang ni. Anyway tak pe gak dia cbuk main golf daripada cbuk ke lain huhuhuhu.. Plan ari tu macam ni. Nak bawa keta besar (Land Rover) selesa sikit nak bawa barang banyak. Baldi, beg sekolah dan baju sekolah yang dah di iron bagai. Ingat tu sampai je umah Sepang dalam kul 12.00 tengaharari. Makan ke, lepak2 tengok baby pas tu petang dalam kul 4.00 ptg bleh la terus hantar harley balik asrama ( Klang). Tapi lain lak jadi nya. Semua program sulah lali ooooo.........

Dalam perjalanan ke Sepang ikut Putrajaya, dengan tak disangka-sangka (unsangkarable) keta Land Rover tu macam tak boleh nak pergi walau tekan minyak pun. Dari laju tetiba jadi slow. Aku pikir ni musti something wrong terus bagi signal belah kiri, perlahan2 ke tepi lane yang ketiga. Pas tu langsung tak leh nak gerak lagi. Kete2 yang lalu lalang semua horn. Bengkek tul. Tak tau ke keta aku rosak la `mangkuk ayun'. Tak kan tak nampak aku dah bagi hazard light. Bahaya sebenarnya berhenti kat lane ke 3. Tapi tawakallillah je la. Mata tu sentiasa perhati kereta dari belakang. Takut kena langgar. Nauzubillahhiminazalik......After 45 minutes my father in law datang (ceh org putih lakk...terlebih sudah) tow truck pun sampai. Legaaa noooo.......Apalagi tarik la pi worksyop kat Serdang. Kami pun balik umah semula pi amik keta wira. Pak mentua yang hantar ngan menantu dia. Kul 4 baru kita orang sampai di rumah Sepang. Hilang mood makan tengahari. Org tua tu masak lauk leh tahan gak.Masak lemak pucuk ubi + udang, ikan goreng, ulam bunga betik & sambal belacan. Balun je la.Tengah syok makan tetiba hujan lebat gila lak kat Sepang tu. Hmmmm harley kata esok pagi-pagi je la ma hantar harley balik asrama. Dah petang sangat lagi pun dah penat masa menunggu kereta rosak tadi tu. Apalagi telefon je la Kak Leha (warden asrama) bagi tau tak dapat balik petang tapi pagi2 esok. Legaaa...kalo tak nak kena redah hujan lak nak gi Klang bandar yang penuh sesak itu. Lepas maghrib kami pun bertolak balik dari Sepang ke Kajang semula dalam hujan-hujan tu jugak.

Thursday, April 9, 2009

Baby Qal


Salam Semua. Kita bertemu lagi. Saja nak memperkenalkan anak buah yang bongsu sekali buat masa ini. Muhammad Qalif Haikal namanya. Asyik tido aje baby ni. Nangis jauh sekali laaa. Dia bangun bukak mata bila perut dia lapar aje. heheheheheh