Wednesday, May 27, 2009

Boring & Sunyi

SALAM.....

Hari ni cam BORING je keadaan di opis. Kak Sal dah mula bercuti, Wanies cuti celebrate birthday kat kampung, Ruziah demam la pulokkk. Semalam mc hari ni lak tengahari dah balik. Razak pun cuti gak pasal birthday anak dia yang kecik sekali. Abang mamaq pi mesyuarat Koperasi dengan Ahmad Sam di Menara. Ahhhhhhh kita cam budak pendiam ari ni. Tak de kawan nak bercakap. Abih-abih pun si `show off' tu asyik bertanya GM gi meeting kat mana and bagi tau yang dia bercuti ari Senin ni. Sib baik pagi tadi minum ngan Ija Manik. Ada la borak-borak ngan kawan. Dia citer tayar keta dia pancit masa nak gi keje pagi tadi...heheheheh kalo kita yang kena cenggitu dah tentu mengelabah. Tapi Ija sempat tukar tayar and balik umah semula, mandi pas tu baru pi keje semula.



Aku dah bosan, Aku dah bosannnnnnnn, Aku dah bosannnnnnnnnnnn...................

Thursday, May 14, 2009

Cousin Wedding 10/05/2009

Salam kawan-kawan.

Jumpa lagi kita. Malas nak update, malas nak menaip. Kita bukan cam Puteri Wanies tu suka taip shortform bagai. Tak bagus cenggitu. Nanti dah terbiasa, esok2 nak buat essei pun guna perkataan pendek2 tu. Dewan bahasa Dan Pustaka marah.
Hari minggu ari tu kita gi wedding cousin kat Sg Ramal Kajang. Sebenarnya malas nak gi. Maklum la cuaca panas berdentang. Nak gi mana pun malas. Peluh2 gitu. Tak kuasa nyahhhh. Tapi bila fikir arwah mak kita ada 3 beradik. Tiga2 beradik tu semua dah tiada (arwah). Jadi anak2 je yang tinggal. Maksudnya sepupu2 je yang ada. Takkan nak putus sedara dek kerana alasan subuk dengan hal keluarga masing-masing. Mau tak mau akak (tok fahmi) pun heret kita gi kenduri tu. Naik satu keta je ngan menantu akak. Heheheh. Sampai sana pengantin baru berarak tiba. Apa yang menariknya pengantin tu naik keta Antik gitu (Keta Austin). Sapa punya keta depa pinjam pun tak tau.Muzium Negara kottt. Kereta bergerak perlahan membawa mempelai berdiri sambil melambai-lambai. Ala-ala sultan melawat rakyat jelata. Kami pun follow je pengantin tu. Cuaca panas pun ramai gak tetamu datang. Lauk pun best. Masak lemak cili api (pisang), pajeri nanas, ayam goreng, ikan masin pun ada. Pendek kata Nasi Briyani & nasi putih pun ada.Kami pun makan cepat2, jumpa family pengantin pas tu terus balik. Tak de pun nak masuk rumah pengantin tengok bilik pengantin ke. Huhhh tak kuasa. Dapat telur sorang sebiji, salam-salam pas tu chaloooo........