Wednesday, July 14, 2010

Salam


Lama tak update blog ni. Malasssss.....asyik layan FB je. Tapi ari ni rasa lain. Cam nak meluahkan suatu perasaan marah, benci, sakit hati, meluat dan kalau la kat Malaysia atau pun dunia ni tak de undang-undang civil...dah lama aku pijak2, pecah2, lunyai2 kan kepala batu si hamba Allah yang berhati kering sesangat tuh. Ala-ala orang Israel......

Thursday, March 4, 2010

Nasi Kerabu Oh Nasi Kerabu

Memang sedap sungguh hingga tak terkata nasi kerabu yang Cik Puteri belanja ni pada 03/03/2010. Memang rezeki no.... Mmmmmm...walaaaaaa. Saja nak kasi Kak Ja terbau2 & terliuq di Alor Setaq tu. Last-last tingal kulit telur masin & cili api dua biji je......heheheheheh




Thursday, December 10, 2009

Makan2 @ Rebung Bersama IPVPN Team 3/12/2009







First time terasa dihargai bila mendapat jemputan makan-makan dari Unit IPVPN. Lunch @ Restaurant Rebung, Bangsar. TQ to Zaza, Aidi, Wira, Nur Khan, Eugene & semua yang pergi makan ari tu..Best sangat....Next time belanja lagi yerk..

Wednesday, November 25, 2009

Salam AidilAdha 1430 Hijrah


Selamat Menyambut AidilAdha untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga mendapat rahmat dan petunjuk serta Allah sentiasa memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan , yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat.........

Tuesday, November 3, 2009

1Malaysia

Sajak

Sajak Persahabatan – Khalil Gibran

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

Tuesday, October 27, 2009

From Penang With love

Lepas Raya ari tu, 4 of us.... me, hubby & anak2 saja gi jenjalan ke Penang. Here we comes Penang. Suka sangat pi sana cheq oii...Pasai makan no problem sungguh no.....Yang penting dapat makan laksa, nasi kandaq di 2/3 tempat.Kami spend 3D/2N. Duk kat Hard Rock Hotel. This is the first Hard Rock Hotel di Malaysia nih..Siok giler....We are the 601 guests of this hotel.

Masa check in registration, setiap guest hotel yang pertama kali menginap disini akan diberi Platinum Hard Rock sebagai souvenir. Cantik kan.....ROCKERS IN DA HOUSE















































































Friday, October 23, 2009

Kembali


Salam

Jumpa lagi. Lama tak update. Dari sebulan Ramadhan sampai la sebulan habih Syawal. Cepat nya masa berlalu. Masih tak sempat2 nak update blog ni. Susah tul nak curi masa ni. Bukan tak de masa tapi penyakit satu tu yang tak dapat dielakkan. Penyakit `M'. Penyakit tu kalo dah datang...mmmm tak dapek nak nolong huhuhuhuhuhuhuhu.......Anyway Maaf Zahir Batin kengkawan..........