Thursday, December 10, 2009
Makan2 @ Rebung Bersama IPVPN Team 3/12/2009
First time terasa dihargai bila mendapat jemputan makan-makan dari Unit IPVPN. Lunch @ Restaurant Rebung, Bangsar. TQ to Zaza, Aidi, Wira, Nur Khan, Eugene & semua yang pergi makan ari tu..Best sangat....Next time belanja lagi yerk..
Wednesday, November 25, 2009
Salam AidilAdha 1430 Hijrah
Selamat Menyambut AidilAdha untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga mendapat rahmat dan petunjuk serta Allah sentiasa memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan , yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat.........
Tuesday, November 3, 2009
Sajak
Sajak Persahabatan – Khalil Gibran
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran

Tuesday, October 27, 2009
From Penang With love
Lepas Raya ari tu, 4 of us.... me, hubby & anak2 saja gi jenjalan ke Penang. Here we comes Penang. Suka sangat pi sana cheq oii...Pasai makan no problem sungguh no.....Yang penting dapat makan laksa, nasi kandaq di 2/3 tempat.Kami spend 3D/2N. Duk kat Hard Rock Hotel. This is the first Hard Rock Hotel di Malaysia nih..Siok giler....We are the 601 guests of this hotel.
Friday, October 23, 2009
Kembali
Salam
Jumpa lagi. Lama tak update. Dari sebulan Ramadhan sampai la sebulan habih Syawal. Cepat nya masa berlalu. Masih tak sempat2 nak update blog ni. Susah tul nak curi masa ni. Bukan tak de masa tapi penyakit satu tu yang tak dapat dielakkan. Penyakit `M'. Penyakit tu kalo dah datang...mmmm tak dapek nak nolong huhuhuhuhuhuhuhu.......Anyway Maaf Zahir Batin kengkawan..........
Wednesday, August 5, 2009
Tuesday, August 4, 2009
Negeri Sabah Di Bawah Bayu 21/7/09-24/07/09
Nampak tak puncakGunung Kinabalu....
Tak sangka lak Restaurant Floating yang kami pi makan ni ada plak penghargaan dari Program Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Makanan not bad.
Dalit Bay Golf & Country Club
Floating Restaurant
Kereta Antique depan Muzium Sabah
Muzium Negeri Sabah
Akhirnya sampai juga kita ke Sabah bahhhh......terlebih sudah!!!! Susahhhhh2 aje. Ye la selaras dengan Tag Line Air Asia "Now Everyone Can Fly". Actually malas nak gi. Sayang tinggal kan anak. Tapi hubby dah ajak pi teman kan dia main golf hmmmmm pucuk dicita ulam mendatang, kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan.
Ada lagi gambar reramai didepan Mount Kinabalu. Nanti kita up load kan ekk......
Tuesday, June 2, 2009
Birthday Mama 1st June.......
HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY TO GRANDNA...
Semalam birthday kita. Saja ambil cuti. Nak relax2 ngan budak2. 4 of us gi lunch kat Sepang. Tak de candle light dinner pun. Gi makan masakan kampung....lagi siok. Pas tu terus gi PJ beli barang golf Mukreez and gi KLCC. Kita yang birthday Mama tapi diowang yang tiga beranak tu yang shopping sakan. Tak kisah lah, janji cuti sekolah ni diowang happy. Tapi TQ so much hubby at least ada gak birthday gift for me. (Perfume) Muahhhh.......luv u all. You light up my life.

Wednesday, May 27, 2009
Boring & Sunyi
SALAM.....
Hari ni cam BORING je keadaan di opis. Kak Sal dah mula bercuti, Wanies cuti celebrate birthday kat kampung, Ruziah demam la pulokkk. Semalam mc hari ni lak tengahari dah balik. Razak pun cuti gak pasal birthday anak dia yang kecik sekali. Abang mamaq pi mesyuarat Koperasi dengan Ahmad Sam di Menara. Ahhhhhhh kita cam budak pendiam ari ni. Tak de kawan nak bercakap. Abih-abih pun si `show off' tu asyik bertanya GM gi meeting kat mana and bagi tau yang dia bercuti ari Senin ni. Sib baik pagi tadi minum ngan Ija Manik. Ada la borak-borak ngan kawan. Dia citer tayar keta dia pancit masa nak gi keje pagi tadi...heheheheh kalo kita yang kena cenggitu dah tentu mengelabah. Tapi Ija sempat tukar tayar and balik umah semula, mandi pas tu baru pi keje semula.
Aku dah bosan, Aku dah bosannnnnnnn, Aku dah bosannnnnnnnnnnn...................

Thursday, May 14, 2009
Cousin Wedding 10/05/2009
Salam kawan-kawan.
Jumpa lagi kita. Malas nak update, malas nak menaip. Kita bukan cam Puteri Wanies tu suka taip shortform bagai. Tak bagus cenggitu. Nanti dah terbiasa, esok2 nak buat essei pun guna perkataan pendek2 tu. Dewan bahasa Dan Pustaka marah.
Hari minggu ari tu kita gi wedding cousin kat Sg Ramal Kajang. Sebenarnya malas nak gi. Maklum la cuaca panas berdentang. Nak gi mana pun malas. Peluh2 gitu. Tak kuasa nyahhhh. Tapi bila fikir arwah mak kita ada 3 beradik. Tiga2 beradik tu semua dah tiada (arwah). Jadi anak2 je yang tinggal. Maksudnya sepupu2 je yang ada. Takkan nak putus sedara dek kerana alasan subuk dengan hal keluarga masing-masing. Mau tak mau akak (tok fahmi) pun heret kita gi kenduri tu. Naik satu keta je ngan menantu akak. Heheheh. Sampai sana pengantin baru berarak tiba. Apa yang menariknya pengantin tu naik keta Antik gitu (Keta Austin). Sapa punya keta depa pinjam pun tak tau.Muzium Negara kottt. Kereta bergerak perlahan membawa mempelai berdiri sambil melambai-lambai. Ala-ala sultan melawat rakyat jelata. Kami pun follow je pengantin tu. Cuaca panas pun ramai gak tetamu datang. Lauk pun best. Masak lemak cili api (pisang), pajeri nanas, ayam goreng, ikan masin pun ada. Pendek kata Nasi Briyani & nasi putih pun ada.Kami pun makan cepat2, jumpa family pengantin pas tu terus balik. Tak de pun nak masuk rumah pengantin tengok bilik pengantin ke. Huhhh tak kuasa. Dapat telur sorang sebiji, salam-salam pas tu chaloooo........

Thursday, April 23, 2009
Bentuk Pusaran Dilangit Senja
Salam.....
Selepas melihat gambar ini apa yang kawan-kawan fikirkan???
Terkilasnya gambaran seperti bentuk pusaran ini di langit senja pada 19/4/2009 jam 7.24, keesokkannya 20/4/2009 subuh hari sekitar jam 3-5 pagi berlakunya angin kuat bak ribut taufan. Nampak macam angin tu berpusing luar biasa (kata maid Indon neighbour akak). Aku tidur cam kayu. Antara sedar dengan tidak. Perasaan tu bunyi cam hujan + angin kuat yang biasa-biasa je. Akak kat umah dia pun tak sedar. Tak tau kenapa leh betul2 tido mati. Selalunya benda2 sensitif cenggini pantang berdetik sikit aje dah jaga. Syukur la akak tak sedar sebab kalo tidak dia la yang akan paling kaget sekali. Maklum la kan dia duduk rumah lama. Takut gak kalo bumbung terbang ke, pokok tua tumbang ke atau apa2 aje la.......sebarang kemungkinan. Keesokkannya semua nampak tenang, cuma sampah daun2 pokok je yang bertaburan. YA ALLAH syukurnya..........

Thursday, April 16, 2009
Kereta On Tow
Minggu lepas hari Ahad (12/4/2009) pepagi Grandna dah bangun. Ingat hari minggu nak lepak-lepak, baring-baring, golek-golek tapi tak dapat juga. Masa memang dengki. Selalu tak mengizinkan. Budak 2 tu, Harley , Mukreez mmmmm......dah sah tidoooo.Kalo nak gi memana nak gerak pagi2 memang la tersangat liat. Gerak kan batu lagi baik.Acu kat Sepang cbuk suh datang umah tengok Baby Qal. Nak tanya petua2 org dolu2 untuk diimplement pada anaknya. Nak tanya mak dia sendiri cum ibu mertua ku itu huhhhh tak payah je la. Banyak yang tak tahu dari tahu.Buat buang air liur je.Acu ni ngan hubby dia tradisional sikit. Maklum la orang Pahang.Elok gak. Kekadang zaman cyber ni perlu gak petua orang lama2 nuu. Kul 11.30 pagi kita orang gerak dari umah. Hubby tak gi. Dia tu al maklum la sibuk gi menebas......mmmm apalagi MAIN GOLF laaaa. Payah nak ajak kemana sekarang ni. Anyway tak pe gak dia cbuk main golf daripada cbuk ke lain huhuhuhu.. Plan ari tu macam ni. Nak bawa keta besar (Land Rover) selesa sikit nak bawa barang banyak. Baldi, beg sekolah dan baju sekolah yang dah di iron bagai. Ingat tu sampai je umah Sepang dalam kul 12.00 tengaharari. Makan ke, lepak2 tengok baby pas tu petang dalam kul 4.00 ptg bleh la terus hantar harley balik asrama ( Klang). Tapi lain lak jadi nya. Semua program sulah lali ooooo.........
Dalam perjalanan ke Sepang ikut Putrajaya, dengan tak disangka-sangka (unsangkarable) keta Land Rover tu macam tak boleh nak pergi walau tekan minyak pun. Dari laju tetiba jadi slow. Aku pikir ni musti something wrong terus bagi signal belah kiri, perlahan2 ke tepi lane yang ketiga. Pas tu langsung tak leh nak gerak lagi. Kete2 yang lalu lalang semua horn. Bengkek tul. Tak tau ke keta aku rosak la `mangkuk ayun'. Tak kan tak nampak aku dah bagi hazard light. Bahaya sebenarnya berhenti kat lane ke 3. Tapi tawakallillah je la. Mata tu sentiasa perhati kereta dari belakang. Takut kena langgar. Nauzubillahhiminazalik......After 45 minutes my father in law datang (ceh org putih lakk...terlebih sudah) tow truck pun sampai. Legaaa noooo.......Apalagi tarik la pi worksyop kat Serdang. Kami pun balik umah semula pi amik keta wira. Pak mentua yang hantar ngan menantu dia. Kul 4 baru kita orang sampai di rumah Sepang. Hilang mood makan tengahari. Org tua tu masak lauk leh tahan gak.Masak lemak pucuk ubi + udang, ikan goreng, ulam bunga betik & sambal belacan. Balun je la.Tengah syok makan tetiba hujan lebat gila lak kat Sepang tu. Hmmmm harley kata esok pagi-pagi je la ma hantar harley balik asrama. Dah petang sangat lagi pun dah penat masa menunggu kereta rosak tadi tu. Apalagi telefon je la Kak Leha (warden asrama) bagi tau tak dapat balik petang tapi pagi2 esok. Legaaa...kalo tak nak kena redah hujan lak nak gi Klang bandar yang penuh sesak itu. Lepas maghrib kami pun bertolak balik dari Sepang ke Kajang semula dalam hujan-hujan tu jugak.
Thursday, April 9, 2009
Baby Qal
Sunday, March 22, 2009
Haluuu....
Salam semua. Lama tak update. Malas sebenarnya. Kita ni bukanlah penulis blog `Tegar'.Citer baru kita dapat anak sedara baru. Hero la jugak. Bertambah fenin la ibu mertua ku itu. Tanggal 17 Mac 2009 jam 5.03pm Acu telah selamat melahirkan baby `BOY'. Dua kali push baru baby tu dapat menghirup angin dunia. Mmmm nyaman.....Welcome, welcome boy....(nama tatau lagi..) Berat 3.1kg. Acu ni duduk kat Jalan Kuching tapi yang aku heran kenapa dia leh tercampak bersalin kat Wangsa Maju ni di Pusat Perubatan Naluri. Sampai ctu dia kata kawan recommend. Mmm patut la. Dengar cakap kawan rupanya. Husband kita pesan pergi sana nak senang naik je LRT. Keta parking kat office. Then bila dah sudah, pi amik keta semula kat office.Tapi bila pikir2 buat apa nyusahkan diri nak bersesak2 ngan orang ramai naik lrt musim cuti sekolah ni...lebih baik ajak Dekyu tolong tunjukkan jalan. Lagi pun dia duduk kat2 ctu je. Alhamdulillah berkat Birthday Girl Dekyu (18/3/2009) yang tunjukkan jalan, sampai jugak kat klinik tu. Sian Dekyu, dah la lunch kat Teppanyaki untuk celebrate Liza nak pindah cum birthday Dekyu sendiri yang belanja. Memula janji nak bayar share2. Tak pe nanti birthday kita bulan Jun, kita lak yang belanja yerk...huhuhuh
Wednesday, March 11, 2009
Mukadimah
Huhuhu..AT LAST berjaya jugak kita create BLOG GRANDNA sendrik tanpa bantuan Puteri Wanie's..hehehehehehe. I'm sorry.....
Gambar ni kenangan 2 tahun yang lalu. Boss kita Azni Risa yang belanja makan kat The Chilli's Mid Valley. Hmm..masing-masing malu-malu kucing konon nak order. Best jugak masa dia ni jadik boss. Educated. Memang ada ciri2 pemimpin.Bila dah lepas tu baru nampak kebaikan nya. Sekarang ni dah AGM.
Subscribe to:
Posts (Atom)